izzatifatihah

Apa itu pencemaran makanan?

Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, atau keadaan di dalam persekitaran. Makanan yang tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia. Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan pathogen yang menyebabkan penyakit pada manusia.

Sebahagian bacteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendali dengan sempurna. Toksin ialah racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Staphylococcus aureus, Clostridium botulinum, Clostridium perfringens, dan kulat.

Makanan yang tercemar akan berubah rupa, rasa, bau, dan tekstur. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang telah tercemar. Keracunan menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan kematian. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam memakan makanan yang tercemar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: